Isnin, 19 Mac 2012

Perlu ker aku bersedih?

Petang ini kedamaian hati aku di rampas lagi....
Bukan apa pun, kalau org dengar pun katanya aku beremosi lebih dari sepatutnya.
Tapi benar ker aku yg beremosi?
Sedih hanya disebabkan aku dengar perkataan "UMMI" dari mulut kecil itu.
Entah lah.... bukan aku cemburu ataupun apa, cuma aku rasa perkataan keramat itu hanya untuk seorang wanita yang bergelar ibu dan mempunyai jiwa yg murni, telus dan ikhlas. Tetapi bukan perempuan yg pernah bersuara kepada org lain untuk meminta cerai dr suaminya. Huh!
Mengalir lah airmata, hanya itu sahaja yg mampu aku lakukan. Diamkan dirimu dari bersuara. Itu perlu kerana suara yg bakal keluar itu akan menyakitkan hati org yg mendengar.
Tabahkan hati..... setiap kejadian yg berlaku, aku pasti ada hikmahnya.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Lama sangat dah...

Wkend lg.... Apa yg perlu dibuat yea? Aktiviti yg tetap perlu juga dilakukan. Yg penting, anta Dina gi training Taekwando. Aktiviti lain...... Kita tgk apa yg boleh dibuat HaRi ni. Pg td, baru dpt sapu ruang tamu. Hehe..... Mcm dah lama sgt tak disapu. Adik2 lain sibuk memasak. Dd, Ana n kakchik berebut memasak. Haha...... X tau sedap ker tidak. Mak lak berehat. Sian tgk tgn mak berjahit. Apa lah punya doctor, duri mcm tu pun nak korek dalam-dalam. K, ler.....sambung later. Dah lama sgt tak menulis dlm blog.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Diakui - 4 Ogos 2011

Terharu, terkejut dan pelbagai perasaan bila dia menghulurkan sesuatu kepada ku. Tak pernah rasanya ku rasakan lidah kelu tanpa bahasa. Rasanya hari tu bukan Birthday aku, jauh lagi aku meraikan sesuatu.

Dihadapan teman-teman, dia berlutut sambil menghulurkan jambangan coklat yg dibalut rapi. Tp sesuasana jadi kelam kabut sebab dia pun tak dapat meluahkan sebarang kata.... Cuma aku hanya dapat mendengar "This is for u, tapi i tak romantik sangat". Aduh mcm ni tak romantik?

Macam diawang-awangan dibuatnya.... Merah pipi aku sebab di tempat awam. Nasib tak ramai orang.... Huhu. Namun aku bahagia sangat, sebab akhirnya dia mengikhstiharkan hubungan kami ini di hadapan teman yg sentiasa memberi sokongan kepada ku. Memang betul ler.... kesabaran itu amat penting dalam hubungan.

Apa yang kuharapkan, hubungan ini tidak seperti hubungan yang dahulu. Aku dah penat menangis dan dikecewakan. Hanya kasih sayang yang aku perlukan.

Dear, thank you very much because love me......


Selasa, 2 Ogos 2011

BFF

3 perkataan cukup membawa erti yg besar walaupun kalau kita kira skit jer kan hurufnya.
Selama ini aku anggap dia BFF aku antara dia sedar atau tidak. Tiada yg boleh mengantikan dirinya.... Walaupun x der lah lama sgt aku kenal dia. 2007 sehingga sekarang baru 4 tahun lebih kan? Tetapi apa yg penting aku banyak berkongsi segalanya dengannya.
Dia tempat aku meluahkan perasaan gembira, sedih dan bermacam2 yang sentiasa melanda hidupku.
Aku akui sebelum ini, aku mmg amat rapat dengannya tp tidak sekarang.
Bukan aku nak buang title BFF darinya tetapi masa berlalu. Orang baru muncul setiap hari tetapi tidak bermaksud aku abaikan dia.
Mungkin keakrapan tidak seperti dulu. Kami pernah bergaduh dan bertegang leher sebelum ini. Masing-masing ada ego sendiri. Namun perkara tersebut dapat diselesaikan. Tp kenapa tidak kali ini? Aku kah yg ego atau dia yang tidak faham?
Mungkin aku ada menyakiti hatinya namun dia pun harus sedar tiada perkara yang tidak boleh dibawa berbincang.
Apa guna kawan jika tidak berkongsi..... atau aku yang ada menyimpan rahsia daripadanya....
Tp ketahuilah, itu bukan niat ku. Belum masanya. Aduh susah kan untuk memahami perasaan org ni.

Aku mengambil langkah berdiam bukan aku tak sayang padanya tetapi aku juga ingin dia sedar yg dia pun ada buat silap sebelum ini. Kalau dia betul2 kenal akan diriku, aku amat susah membenci sesorang tu tetapi aku ni jenis menyimpan. Sekali aku meletup, susah untuk aku berpatah balik.

Tiada orang lain yang akan mengantikan gelaran BFF itu selain dia. Biar lah masa menentukan persahabatan kami. Mungkin ini masanya untuk diri masing-masing berfikir tentang kesilapan yg telah dilakukan.

Adios......

Selasa, 12 Julai 2011

Just Hold...

terima kasih kerana memberi kedamaian kepada diriku. cuma aku tak pasti keikhlasan dirimu.... aku sedar yg hubungan kita ini sementara. belum lagi boleh dikira hubungan. namun apa yg pasti kita adalah teman yang tidak seperti hubungan ku bersama teman lain.
aku bahagia.... rasanya.... pelik kan?
sampai bila kau akan bersama ku, pastinya aku tiada jawapan.
kita tunggu dan lihat....

Sabtu, 18 Jun 2011

HCOC vs Gila Kereta

Sejak bila ek? Sejak aku pkai Mr City.
Bukannya nak belagak pun tp cuma nak cari kawan baru.
For info, dlm majalah ni ada kuar cerita pasal group City aku or lebih dikenali "Honda City Owners Club or HCOC"
Aku start join group ni masa mereka buat event kat Ulu Yam. Mula2 takut gak tp bila kenal mereka semua, mmg best.
All member gila2 tak kira siapa mereka dan apa kerjaya mereka.
Semua mcm adik beradik.
I hope this group can maintain forever......
Kalau nak tau lebih lanjut, sila beli Majalah Gila Kereta ni  yea (Vol.59 June 11)

Wedding Vs School Holiday

Wedding? Huh! Mmg aku x suka pun kalau nak pergi sebelum ni.
Tapi entah apa meroyan tahun ni, banyak rumah kenduri aku dah pergi. He heeeeee
Tahun ni bukan setakat pergi jer tetapi tolong menguruskan apa yg patut. Percaya atau tidak, aku pun x percaya.
Memang benar lah, kita tak dapat nak jangka apa yang terjadi pada esok hari.
Sebelum cuti sekolah, masa cuti sekolah dan lepas cuti sekolah, byk Wedding yg perlu aku attend dan uruskan.
Layan jer.....
Ada juga Wedding yg aku paling x suka tahun ni..... tapi nak buat mcm mana, dah sampai Jodoh dia. Aku doakan semoga dia berbahagia.
Kepada semua yang telah bernikah dan telah mengadakan Majlis Wedding ni dengan meriahnya... jgn ler membazir.
Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Tapi aku mmg ikhklas, semoga Majlis itu yg terAkhir bagi anda semua.
All the best.





p/s - selected pic @ all Wedding i attend.

Isnin, 13 Jun 2011

Cherating - 3 Hari 2 Malam

Saat puteri ku tiada, aku pergi membawa diri sambil merehatkan minda. Kali ni tak jauh pun, cuma ke Cherating Pahang. Dari KL cuma mengambil masa 3 jam jer. Tak boleh bawa laju sebab jalannya mcm dipukul ular. Pening siot.

31 hb Mei 11....
Dari rumah dah tengahari. Lepas lunch jer aku bertolak. Sambil melayan perasaan, aku perasan banyak kenangan rupanya yg ada sepanjang perjalanan aku ke sana. Lihat kanan, ada Genting Highlands dan sebelah kiri pula Bukit Tinggi. Aduhai.... bila lah aku boleh melupakan semua kenangan bersama si X... susah juga rupanya. Kalau boleh aku tak nak ingat dah, tp semua perkara yg dah berlaku tetap menjadi kenangan ku.

Tanpa sedar, aku dah sampai ke tempat yang dituju.... Hotel Holiday Villa. Lol, baru aku perasan yg tempat ni pernah aku duduk 7 tahun lalu..... ha haaa. Lama sungguh kan, tp tempat ni sama jer seperti dulu.
Alhamdulillah, aku dapat bilik seperti yg aku minta... bukan bilik hotel tp aku duk di chalet... Rasanya lagi tenteram. cuba lihat dalam bilik ni.... Best kan?


Apa lagi..... aku cuba tidur ler di atas katil ni. Lena gak sekejab... ha haaaa. mcm x der bilik jer kan kat rumah. Tapi suasananya lain. Petang, aku keluar mencari makanan. Apa lagi kalau bukan keropok lekor... Layan jer sesorang ni kat kedai tepi jalan. Makcik tu mcm pelik jer... lantak ler bukan aku makan free pun. Bayar apa.

Pas makan, apa lagi... aku pun membawa diri ke tepi pantai. Ya Allah, amannya hati ku bila mendengar air laut menghempas pantai. Aku pun x tau kenapa suka sgt aku dengar bunyi tu....  Iramanya seperti x boleh dipisahkan dari hidup aku dari dulu lagi. Teringat kat dina...... kalau dia ada mesti dia dah terjun ke dalam laut tu. Aku mmg x suka mandi laut tp kalau duk tepi laut seharian pun x per. He heeee
Sampai magrib aku duk melanggu tepi laut ni sambil melayan novel yg aku mmg bawa dr rumah. Mmg kalau boleh aku nak damaikan hati ini yg bercelaru..... cuma mungkin esok. Hari ini biarlah dulu.

Lepas magrib still layan novel lagi.... sedar2 dah kul 12 mlm. patutlah perut ku lapar minta diisi. Teruk betul, sian kat perut. Maaf ler yea, bila aku ni dah start membaca novel, keadaan sekeliling lenyap dari hidup aku... Aku selalunya seperti dihanyut di dalam jalan cerita novel tersebut. Alangkah bagusnya kan.... kalau kita boleh tau apa pengakhiran hidup kita. Huh!

1hb Jun 11

Pagi ni aku bangun lewat.... sedap jer  tido. Mana tidaknya mlm tadi aku melayan novel tu sampai jam berapa entah. Kul 11 aku pergi mkn kat cafe tepi pantai tu jer. Sambil makan, aku duk asyik mendengar ombak menghempas pantai... angin pun kuat. Aman jer. Kalau aku ada duit lebih, mesti aku buat rumah kat tepi pantai.... he eee Berangan je kan?


Pas breakfast plus lunch, aku layan lagi 1 novel kat tepi pantai ni.... Hari panas tapi bila angin ni bertiup tak terasa pun. Tanpa sedar jam dah bergerak hampir ke asar. Hu hu, cepat jer masa berlalu. Balik bilik n solat.... lepak sekejab tetapi rupa rupanya aku terlelap. Kul 5 lebih aku bangun sbb lapar... he he apa lagi ambil kunci kereta dan gi cari keropok lekor semalam.... Hari ni bungkus lagi dan lepak kat tepi laut balik. Damai hatiku bila melihat semula laut.... Mcm x puas jer. Sampai magrib aku lepak...



Mlm, gi ambil Along kat kemaman.... Dia bawa gi makan kat restoran terapung. Pening aku bila restoran tu asyik berayun sebab air sungai tu deras.... siap kena perli lagi, duk kat kapal ok tp bila mcm tu dah kepala pusing. He heeee


Pas diner.... aku lepak dlm bilik jer. Mcm mana nak kuar jalan kat pantai, hujan lebat kat luar. Sejuk skit. Best juga layan novel ni... dah lama aku tinggalkan hobi ku ini. Sedar2 dah abih buku ke 2 ku ini.  Ku harap mlm ini aku lena seperti biasa.

2 Jun 11

Selepas subuh, aku keluar ke pantai..... Indahnya ciptaan tuhan bila aku tgk matahari sedang naik, cuba bayangkan kalau hari ini tiada matahari... mesti kacau bilau dunia ni kan? Sama jugalah manusia, bila kita hilang sesuatu dalam hidup, kita kena terima dan redha. Itu hakikat kehidupan. Ada sebabnya semua perkara itu terjadi.

Bila kenangkan semua yang berlaku kepada aku sejak kebelakangan ni, aku sebenarnya keliru dengan apa yg aku perlu dalam hidup. Tp rasanya aku dah hampir dapat jawapan kepada kekeliruan hidup ku ini.
Yes! Finally......

Aku perlu pulang dengan semangat yg baru..... Dalam dunia ini tiada yang mustahil. InsyaAllah...... Kita nantikan!
Apapun..... Wan Nurin Rusydina, kamu tetap permata hati ku.


Semoga kita berjumpa lagi, Cherating Pahang.

Selasa, 31 Mei 2011

Sungguh Aku Tak Faham!

Sebenarnya aku memang nak macam ni.....



Tapi hakikatnya tak dapat untuk kes kali ini.
Untuk pengetahuan semua, Aku ni memang kategori x makan saman, tapi hati aku lembut rasanya (Perasan, tp betul apa!)....
Bukan susah pun nak minta tolong ngan aku rasanya.
Hari ni, baru hari pertama aku bercuti dah boleh kasi aku angin. Dapat call, kata aku kena jd YDP pulak. Aku tak kisah sebenarnya tp masalahnya Hari Jumaat 3hb Jun.... Aku still cuti lagi masa tu. Aduh, bila aku ckp boleh lak Minah tu keras kepala ckp aku x bg tau mereka. Dah ler staff dia yg cal aku last week, aku dah kata tak mau. Tak fhm bahasa kot. Siap salahkan aku lagi... Bengong betul! Lain kali nak suruh org biar terang.... Cakap jer aku dah kena detail 3hb ni. Aku bg ler tau aku tgh cuti. Mentang2 dia ada KUASA, suka2 jer.... Tak per... nanti ada lah balasannya...
Itulah masalah aku, senang berbaik ngan org tapi bila aku dah geram tahap gaban, mmg aku berdendam. Mmg aku tau perangai mcm tu x baik tp tolong ler jgn susahkan org... Baru jer last week aku kena buat kerja yg sama... X der org lagi ker? Sungguh aku x faham!

Isnin, 30 Mei 2011

My 1st Project

Aku ni bukannya apa....
Dulu masa aku belayar, banyak sangat masa aku terluang sampai aku tak reti nak buat apa...
Jadi, aku try buat video pasal anak aku..... Itupun just picture jer....
Yelah, bila duk sesorang kat atas laut mulalah aku rindu kat dina, satu-satunya anak aku.
U all tgk ler video ni.... ok tak? Tapi kan lepas aku buat benda ni, aku terus tak buat lagi. Haaa haaaa.

Ahad, 29 Mei 2011

Sehari Sebelum Dia Pergi...

Sepatutnya pada waktu ini dia dah pergi.... tetapi Allah masih lagi memberi 1 hari untuk aku menghabiskan masa bersama.
Siapa Dia? Lihat wajahnya...
Macam ler lama sangat Dia nak pergi.... padahal 2 minggu jer. Aduhai! Boleh ker aku hidup tanpa Dia? Kalau Dia ada, mesti kecoh rumah dibuatnya. mana tidak.... asyik kena jerit jer Dia tu. Cakap perlahan bukannya dengar... lepas tu ada saja jawapannya.... Hu hu.... Mesti aku rindu gila dengan telatahnya.
Walaupun sering bertelagah, tapi kami tetap mesra.... Yelah, ibu dan anak kan? Mesti semua org begitu........ bukan?
Aku berdoa agar Dia sentiasa mengingati aku walau dimana Dia berada. Sebenarnya bukan senang nak aku lepaskan dia pergi tapi beginilah keadaannya.... Sudah ditakdirkan, dia terpaksa menghadapi keadaan ini walaupun Dia masih kecil. Ku harap, suatu hari nanti Dia tidak salahkan aku. Semoga dia gembira bersama ORANG itu.... Pastinya, aku tidak mau menyekat kebahagiaan Dia.
Kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan jalan ceritanya.....
 Mama akan nantikan kepulangan mu.....

Sabtu, 28 Mei 2011

Glamer Ker?

Mmmmmm.... Mcm riak jer kan bunyinya...
Tp aku rasa tidak.. sebab bukan semua diberi peluang yg sama.
Betul tak?
Sebenarnya aku just nak bg tau pasal Majalah Mingguan Wanita Bil 1436. He he... 1 page about me. That's great rite?
Itu baru muka depannya....

Di dalamnya menceritakan mengenai betapa bangganya aku berkhidmat di dalam TLDM terutama semasa di Kapal Diraja KEDAH. Memang aku bangga pun. Malah aku dapat menyangkal semua persepsi buruk yang sentiasa dikatakan org.
Wanita di atas kapal dan dikelilingi kaum Adam? hu hu.. Susah kan.... tapi itulah kebenarannya....


Jadi untuk keterangan lanjut, u all bacalah Majalah ni k..... Promote skit Majalah ni. bukan selalu pun... Tapi aku memang suka Majalah ni... siap melanggan lagi.... he heeee.

Ni aku bg tgk apa yg ada dlm m/s 34...

Jumaat, 27 Mei 2011

Dialah puteri ku...

Andai insan lain bersendirian, aku tidak.....

Dialah yang penyeri hidupku selama hampir sepuluh tahun ini.
pastinya, kini aku mempunyai seorang puteri yang sentiasa menemani ku di kala susah dan senang....

Wan Nurin Rusydina, mama sayang kamu.......