Jumaat, 5 Ogos 2011

Diakui - 4 Ogos 2011

Terharu, terkejut dan pelbagai perasaan bila dia menghulurkan sesuatu kepada ku. Tak pernah rasanya ku rasakan lidah kelu tanpa bahasa. Rasanya hari tu bukan Birthday aku, jauh lagi aku meraikan sesuatu.

Dihadapan teman-teman, dia berlutut sambil menghulurkan jambangan coklat yg dibalut rapi. Tp sesuasana jadi kelam kabut sebab dia pun tak dapat meluahkan sebarang kata.... Cuma aku hanya dapat mendengar "This is for u, tapi i tak romantik sangat". Aduh mcm ni tak romantik?

Macam diawang-awangan dibuatnya.... Merah pipi aku sebab di tempat awam. Nasib tak ramai orang.... Huhu. Namun aku bahagia sangat, sebab akhirnya dia mengikhstiharkan hubungan kami ini di hadapan teman yg sentiasa memberi sokongan kepada ku. Memang betul ler.... kesabaran itu amat penting dalam hubungan.

Apa yang kuharapkan, hubungan ini tidak seperti hubungan yang dahulu. Aku dah penat menangis dan dikecewakan. Hanya kasih sayang yang aku perlukan.

Dear, thank you very much because love me......


Selasa, 2 Ogos 2011

BFF

3 perkataan cukup membawa erti yg besar walaupun kalau kita kira skit jer kan hurufnya.
Selama ini aku anggap dia BFF aku antara dia sedar atau tidak. Tiada yg boleh mengantikan dirinya.... Walaupun x der lah lama sgt aku kenal dia. 2007 sehingga sekarang baru 4 tahun lebih kan? Tetapi apa yg penting aku banyak berkongsi segalanya dengannya.
Dia tempat aku meluahkan perasaan gembira, sedih dan bermacam2 yang sentiasa melanda hidupku.
Aku akui sebelum ini, aku mmg amat rapat dengannya tp tidak sekarang.
Bukan aku nak buang title BFF darinya tetapi masa berlalu. Orang baru muncul setiap hari tetapi tidak bermaksud aku abaikan dia.
Mungkin keakrapan tidak seperti dulu. Kami pernah bergaduh dan bertegang leher sebelum ini. Masing-masing ada ego sendiri. Namun perkara tersebut dapat diselesaikan. Tp kenapa tidak kali ini? Aku kah yg ego atau dia yang tidak faham?
Mungkin aku ada menyakiti hatinya namun dia pun harus sedar tiada perkara yang tidak boleh dibawa berbincang.
Apa guna kawan jika tidak berkongsi..... atau aku yang ada menyimpan rahsia daripadanya....
Tp ketahuilah, itu bukan niat ku. Belum masanya. Aduh susah kan untuk memahami perasaan org ni.

Aku mengambil langkah berdiam bukan aku tak sayang padanya tetapi aku juga ingin dia sedar yg dia pun ada buat silap sebelum ini. Kalau dia betul2 kenal akan diriku, aku amat susah membenci sesorang tu tetapi aku ni jenis menyimpan. Sekali aku meletup, susah untuk aku berpatah balik.

Tiada orang lain yang akan mengantikan gelaran BFF itu selain dia. Biar lah masa menentukan persahabatan kami. Mungkin ini masanya untuk diri masing-masing berfikir tentang kesilapan yg telah dilakukan.

Adios......