Selasa, 31 Mei 2011

Sungguh Aku Tak Faham!

Sebenarnya aku memang nak macam ni.....



Tapi hakikatnya tak dapat untuk kes kali ini.
Untuk pengetahuan semua, Aku ni memang kategori x makan saman, tapi hati aku lembut rasanya (Perasan, tp betul apa!)....
Bukan susah pun nak minta tolong ngan aku rasanya.
Hari ni, baru hari pertama aku bercuti dah boleh kasi aku angin. Dapat call, kata aku kena jd YDP pulak. Aku tak kisah sebenarnya tp masalahnya Hari Jumaat 3hb Jun.... Aku still cuti lagi masa tu. Aduh, bila aku ckp boleh lak Minah tu keras kepala ckp aku x bg tau mereka. Dah ler staff dia yg cal aku last week, aku dah kata tak mau. Tak fhm bahasa kot. Siap salahkan aku lagi... Bengong betul! Lain kali nak suruh org biar terang.... Cakap jer aku dah kena detail 3hb ni. Aku bg ler tau aku tgh cuti. Mentang2 dia ada KUASA, suka2 jer.... Tak per... nanti ada lah balasannya...
Itulah masalah aku, senang berbaik ngan org tapi bila aku dah geram tahap gaban, mmg aku berdendam. Mmg aku tau perangai mcm tu x baik tp tolong ler jgn susahkan org... Baru jer last week aku kena buat kerja yg sama... X der org lagi ker? Sungguh aku x faham!

Isnin, 30 Mei 2011

My 1st Project

Aku ni bukannya apa....
Dulu masa aku belayar, banyak sangat masa aku terluang sampai aku tak reti nak buat apa...
Jadi, aku try buat video pasal anak aku..... Itupun just picture jer....
Yelah, bila duk sesorang kat atas laut mulalah aku rindu kat dina, satu-satunya anak aku.
U all tgk ler video ni.... ok tak? Tapi kan lepas aku buat benda ni, aku terus tak buat lagi. Haaa haaaa.

Ahad, 29 Mei 2011

Sehari Sebelum Dia Pergi...

Sepatutnya pada waktu ini dia dah pergi.... tetapi Allah masih lagi memberi 1 hari untuk aku menghabiskan masa bersama.
Siapa Dia? Lihat wajahnya...
Macam ler lama sangat Dia nak pergi.... padahal 2 minggu jer. Aduhai! Boleh ker aku hidup tanpa Dia? Kalau Dia ada, mesti kecoh rumah dibuatnya. mana tidak.... asyik kena jerit jer Dia tu. Cakap perlahan bukannya dengar... lepas tu ada saja jawapannya.... Hu hu.... Mesti aku rindu gila dengan telatahnya.
Walaupun sering bertelagah, tapi kami tetap mesra.... Yelah, ibu dan anak kan? Mesti semua org begitu........ bukan?
Aku berdoa agar Dia sentiasa mengingati aku walau dimana Dia berada. Sebenarnya bukan senang nak aku lepaskan dia pergi tapi beginilah keadaannya.... Sudah ditakdirkan, dia terpaksa menghadapi keadaan ini walaupun Dia masih kecil. Ku harap, suatu hari nanti Dia tidak salahkan aku. Semoga dia gembira bersama ORANG itu.... Pastinya, aku tidak mau menyekat kebahagiaan Dia.
Kita hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan jalan ceritanya.....
 Mama akan nantikan kepulangan mu.....

Sabtu, 28 Mei 2011

Glamer Ker?

Mmmmmm.... Mcm riak jer kan bunyinya...
Tp aku rasa tidak.. sebab bukan semua diberi peluang yg sama.
Betul tak?
Sebenarnya aku just nak bg tau pasal Majalah Mingguan Wanita Bil 1436. He he... 1 page about me. That's great rite?
Itu baru muka depannya....

Di dalamnya menceritakan mengenai betapa bangganya aku berkhidmat di dalam TLDM terutama semasa di Kapal Diraja KEDAH. Memang aku bangga pun. Malah aku dapat menyangkal semua persepsi buruk yang sentiasa dikatakan org.
Wanita di atas kapal dan dikelilingi kaum Adam? hu hu.. Susah kan.... tapi itulah kebenarannya....


Jadi untuk keterangan lanjut, u all bacalah Majalah ni k..... Promote skit Majalah ni. bukan selalu pun... Tapi aku memang suka Majalah ni... siap melanggan lagi.... he heeee.

Ni aku bg tgk apa yg ada dlm m/s 34...

Jumaat, 27 Mei 2011

Dialah puteri ku...

Andai insan lain bersendirian, aku tidak.....

Dialah yang penyeri hidupku selama hampir sepuluh tahun ini.
pastinya, kini aku mempunyai seorang puteri yang sentiasa menemani ku di kala susah dan senang....

Wan Nurin Rusydina, mama sayang kamu.......