Isnin, 13 Jun 2011

Cherating - 3 Hari 2 Malam

Saat puteri ku tiada, aku pergi membawa diri sambil merehatkan minda. Kali ni tak jauh pun, cuma ke Cherating Pahang. Dari KL cuma mengambil masa 3 jam jer. Tak boleh bawa laju sebab jalannya mcm dipukul ular. Pening siot.

31 hb Mei 11....
Dari rumah dah tengahari. Lepas lunch jer aku bertolak. Sambil melayan perasaan, aku perasan banyak kenangan rupanya yg ada sepanjang perjalanan aku ke sana. Lihat kanan, ada Genting Highlands dan sebelah kiri pula Bukit Tinggi. Aduhai.... bila lah aku boleh melupakan semua kenangan bersama si X... susah juga rupanya. Kalau boleh aku tak nak ingat dah, tp semua perkara yg dah berlaku tetap menjadi kenangan ku.

Tanpa sedar, aku dah sampai ke tempat yang dituju.... Hotel Holiday Villa. Lol, baru aku perasan yg tempat ni pernah aku duduk 7 tahun lalu..... ha haaa. Lama sungguh kan, tp tempat ni sama jer seperti dulu.
Alhamdulillah, aku dapat bilik seperti yg aku minta... bukan bilik hotel tp aku duk di chalet... Rasanya lagi tenteram. cuba lihat dalam bilik ni.... Best kan?


Apa lagi..... aku cuba tidur ler di atas katil ni. Lena gak sekejab... ha haaaa. mcm x der bilik jer kan kat rumah. Tapi suasananya lain. Petang, aku keluar mencari makanan. Apa lagi kalau bukan keropok lekor... Layan jer sesorang ni kat kedai tepi jalan. Makcik tu mcm pelik jer... lantak ler bukan aku makan free pun. Bayar apa.

Pas makan, apa lagi... aku pun membawa diri ke tepi pantai. Ya Allah, amannya hati ku bila mendengar air laut menghempas pantai. Aku pun x tau kenapa suka sgt aku dengar bunyi tu....  Iramanya seperti x boleh dipisahkan dari hidup aku dari dulu lagi. Teringat kat dina...... kalau dia ada mesti dia dah terjun ke dalam laut tu. Aku mmg x suka mandi laut tp kalau duk tepi laut seharian pun x per. He heeee
Sampai magrib aku duk melanggu tepi laut ni sambil melayan novel yg aku mmg bawa dr rumah. Mmg kalau boleh aku nak damaikan hati ini yg bercelaru..... cuma mungkin esok. Hari ini biarlah dulu.

Lepas magrib still layan novel lagi.... sedar2 dah kul 12 mlm. patutlah perut ku lapar minta diisi. Teruk betul, sian kat perut. Maaf ler yea, bila aku ni dah start membaca novel, keadaan sekeliling lenyap dari hidup aku... Aku selalunya seperti dihanyut di dalam jalan cerita novel tersebut. Alangkah bagusnya kan.... kalau kita boleh tau apa pengakhiran hidup kita. Huh!

1hb Jun 11

Pagi ni aku bangun lewat.... sedap jer  tido. Mana tidaknya mlm tadi aku melayan novel tu sampai jam berapa entah. Kul 11 aku pergi mkn kat cafe tepi pantai tu jer. Sambil makan, aku duk asyik mendengar ombak menghempas pantai... angin pun kuat. Aman jer. Kalau aku ada duit lebih, mesti aku buat rumah kat tepi pantai.... he eee Berangan je kan?


Pas breakfast plus lunch, aku layan lagi 1 novel kat tepi pantai ni.... Hari panas tapi bila angin ni bertiup tak terasa pun. Tanpa sedar jam dah bergerak hampir ke asar. Hu hu, cepat jer masa berlalu. Balik bilik n solat.... lepak sekejab tetapi rupa rupanya aku terlelap. Kul 5 lebih aku bangun sbb lapar... he he apa lagi ambil kunci kereta dan gi cari keropok lekor semalam.... Hari ni bungkus lagi dan lepak kat tepi laut balik. Damai hatiku bila melihat semula laut.... Mcm x puas jer. Sampai magrib aku lepak...



Mlm, gi ambil Along kat kemaman.... Dia bawa gi makan kat restoran terapung. Pening aku bila restoran tu asyik berayun sebab air sungai tu deras.... siap kena perli lagi, duk kat kapal ok tp bila mcm tu dah kepala pusing. He heeee


Pas diner.... aku lepak dlm bilik jer. Mcm mana nak kuar jalan kat pantai, hujan lebat kat luar. Sejuk skit. Best juga layan novel ni... dah lama aku tinggalkan hobi ku ini. Sedar2 dah abih buku ke 2 ku ini.  Ku harap mlm ini aku lena seperti biasa.

2 Jun 11

Selepas subuh, aku keluar ke pantai..... Indahnya ciptaan tuhan bila aku tgk matahari sedang naik, cuba bayangkan kalau hari ini tiada matahari... mesti kacau bilau dunia ni kan? Sama jugalah manusia, bila kita hilang sesuatu dalam hidup, kita kena terima dan redha. Itu hakikat kehidupan. Ada sebabnya semua perkara itu terjadi.

Bila kenangkan semua yang berlaku kepada aku sejak kebelakangan ni, aku sebenarnya keliru dengan apa yg aku perlu dalam hidup. Tp rasanya aku dah hampir dapat jawapan kepada kekeliruan hidup ku ini.
Yes! Finally......

Aku perlu pulang dengan semangat yg baru..... Dalam dunia ini tiada yang mustahil. InsyaAllah...... Kita nantikan!
Apapun..... Wan Nurin Rusydina, kamu tetap permata hati ku.


Semoga kita berjumpa lagi, Cherating Pahang.

Tiada ulasan: